Language: EN | 中文 | BM |

Blog

Perbezaan antara 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐩𝐫𝐞𝐡𝐞𝐧𝐬𝐢𝐟, 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐊𝐞𝐜𝐮𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚.

Harini saya akan terangkan serba sedikit mengenai ketiga-tiga perlindungan ini.

𝟏. 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐑𝐄𝐇𝐄𝐍𝐒𝐈𝐅

Perlindungan Komprehensif menawarkan perlindungan yang paling menyeluruh kepada pemegang polisi. Ia juga dikenali sebagai perlindungan kereta 'First Party'.

Perlindungan komprehensif biasanya diwajibkan untuk kereta baru dan kereta yang berusia sehingga 10 tahun. Bagi kereta yang melebihi 15 tahun, kebanyakan syarikat insurans mencadangkan Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian (TPFT).


𝟐. 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀, 𝐊𝐄𝐂𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 (𝐓𝐏𝐅𝐓)

Perlindungan pihak ketiga, kecurian dan kebakaran memberi perlindungan kepada kenderaan pihak ketiga yang terlibat kemalangan. Manakala kenderaan sendiri hanya dilindungi akibat kecurian dan kebakaran. Ia tidak mengandungi perlindungan terhadap kenderaan sendiri akibat kemalangan.
Jenis perlindungan ini biasanya lebih murah daripada perlindungan komprehensif dan lebih sesuai bagi kenderaan yang berusia tinggi dan kenderaan yang jarang digunakan.


𝟑. 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀

Perlindungan pihak ketiga merupakan polisi yang paling asas boleh dimiliki oleh seseorang pemilik kenderaan. Di Malaysia, setiap kenderaan dikehendaki memiliki sekurang-kurangnya polisi ini bagi membolehkan kenderaan tersebut sah digunakan di atas jalan raya.

Polisi ini memberi perlindungan hanya kepada pihak ketiga untuk kerosakan atau kerugian ke atas pihak ketiga akibat daripada kemalangan yang berpunca dari kenderaan anda sendiri.

Secara dasarnya polisi ini memberi perlindungan yang sangat terhad kerana ia hanya boleh digunakan untuk tuntutan pihak ketiga sahaja dan kerosakan pada kenderaan anda perlu dibaiki menggunakan wang poket anda sendiri.

Untuk memudahkan pemahaman anda, boleh rujuk pada gambar ringkasan bagi perbezaan di antara ketiga-tiga jenis polisi kereta.
 

02 Oct 2023