Language: EN | 中文 | BM |

Blog

APA ITU INSURANS KERETA?

Insurans kereta adalah sejenis perlindungan yang perlu dibeli oleh pemilik kereta bagi melindungi pemandu atau pihak ketiga daripada sebarang risiko tuntutan kerosakan atau kerugian.
Secara tidak langsung, ini bermakna perlindungan insurans tersebut akan membantu meringankan beban pemilik khususnya dari segi kewangan sekiranya berlaku sesuatu terhadap kenderaan seperti kemalangan kerana kosnya akan ditanggung oleh syarikat insurans.

MENGAPA PERLU MEMBELI INSURANS KERETA?

Jika anda seorang pemilik kenderaan, salah satu perkara wajib yang anda perlu ada ialah perlindungan insurans kenderaan yang sah.
Di bawah akta Pengangkutan Jalan 1987, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan agar semua pemilik kenderaan untuk memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau lebih dikenali sebagai roadtax yang sah bagi membolehkan kenderaan digunakan di atas jalan raya.
Sebelum memperbaharui roadtax, kenderaan diwajibkan untuk mengambil insurans terlebih dahulu sekurang-kurangnya perlindungan Insurans Kenderaan Pihak Ketiga.

BAGAIMANA INSURANS KERETA BERFUNGSI?

Sama seperti anda membeli insurans nyawa atau perubatan, anda juga perlu membayar premium untuk insurans kenderaan anda.
Setelah anda membayar premium kepada syarikat insurans, premium anda bersama premium pemegang polisi lain akan dikumpulkan ke dalam sebuah ‘dana’ penginsurans.
Dana-dana ini akan diuruskan oleh syarikat insurans anda dan wang ini akan digunakan dalam bentuk bayaran ganti rugi (pampasan) kepada anda sebagai pemegang polisi sekiranya berlaku kemalangan melibatkan anda.

APAKAH JENIS-JENIS POLISI INSURANS YANG ANDA BOLEH BELI?

INSURANS KOMPREHENSIF

Polisi insurans komprehensif menyediakan perlindungan yang menyeluruh kepada pemilik kereta.
Polisi ini melindungi pemilik kereta daripada kerugian dtau kerosakan harta benda sendiri dan tuntutan pihak ketiga yang merangkumi kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga, kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh kenderaan anda.

INSURANS PIHAK KETIGA, KEBAKARAN DAN KECURIAN

Polisi insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian melindungan pemandu daripada tuntutan pihak ketiga yang merangkumi kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga, kecederaan atau kematian yang disebabkan kenderaan anda.
Selain itu, polisi ini turut menawarkan perlindungan tambahan yang akan melindungi kenderaan anda jika berlaku kejadian seperti kebakaran atau kecurian.
Julat harga bagi polisi ini kebiasaannya lebih mahal berbanding polisi pihak ketiga, tetapi lebih murah daripada polisi komprehensif.

INSURANS PIHAK KETIGA

Polisi insurans pihak ketiga merupakan polisi yang paling asas. Polisi ini hanya melindungi pihak ketiga sahaja. Pihak ketiga yang dimaksudkan ialah individu lain yang terlibat jika berlaku situasi yang tidak dijangka.
*Contoh: Anda melanggar kereta di hadapan anda. Jadi pemilik kereta yang anda langgar itu dinamakan sebagai ‘pihak ketiga’.
Ia termasuk kerosakan atau kerugian ke atas harta benda pihak ketiga akibat kemalangan yang disebabkan oleh anda. Kerosakan pada kenderaan anda perlu dibaiki menggunakan wang anda sendiri.

BILAKAH ANDA PERLU MEMBELI INSURANS KERETA?

Anda perlu membeli insurans kenderaan sebaik sahaja anda membeli kereta, tidak kira sama ada ia adalah kereta baru atau kereta terpakai (second-hand).
Insurans ini kemudian perlu diperbaharui setiap tahun, sebelum ia tamat tempoh bagi memastikan kenderaan anda masih sah untuk digunakan di atas jalan raya dan boleh membuat tuntutan insurans sekiranya diperlukan. Anda boleh memperbaharui insurans seawal dua bulan sebelum ia tamat tempoh.

DI MANAKAH ANDA BOLEH MEMPERBAHARUI INSURANS KERETA?

RENEW MELALUI EJEN ATAU SECARA ONLINE

Jika anda lebih selesa untuk renew insurans secara offline, maka anda bolehlah renew insurans kereta anda melalui ejen atau agensi insurans yang berdekatan. Terdapat juga beberapa platform yang boleh renew secara online. Kebanyakan ejen insurans juga sudah menawarkan perkhidmatan renew secara online tanpa perlu hadir ke kedai.

PASTIKAN KERETA ANDA DILINDUNGI

Kemalangan dan kerosakan pada kenderaan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Pastikan anda tidak mengabaikan keperluan memiliki insurans kenderaan kerana ia bakal membantu anda di saat-saat penting kelak.
Perbaharui insurans anda dengan polisi insurans yang terbaik dan bersesuaian untuk perlindungan yang sempurna.
 

04 Nov 2023